Friday, July 10, 2009

PERCAYALAA Perlindungan Penting UNTUK Anda

Mengapa anda perlukan insuran?
Masyarakat kadang kala bertanya kepada saya - Mengapa mereka perlukan insuran,sedangkan kehidupan mereka sudah selesa? Mereka memiliki pekerjaan atau perniagaan yang sudah mampu untuk menampung perbelanjaan sara hidup keluarga dan usia mereka juga masih muda.
Dalam erti kata lain,mereka tidak yakin dgn konsep insurans,sedangkan kesihatan mereka masih baik dan mereka belum mahu mati lagi.

Kini, masyarakat sudah lama yakin dgn konsep insurans
Pertama, ingin saya jelaskan disini, insurans hayat bukan insurans kematian. Membeli insurans bukan bermakna anda merancang utk mati tidak lama lagi!

Sebaliknya,membeli insurans itu bertujuan utk anda melindungi kewangan keluarga anda, dari kerugian kewangan yg berpunca dari musibah tertentu seperti ditimpa penyakit kritikal atau kemalangan,lumpuh keseluruhan atau meninggal dunia. Bukan mati sahaja.

Kedua, saya tidak perlu menyakinkan anda tentang konsep insurans kerana anda sebenarnya sudah lama yakin dgn konsep insurans tersebut. Seperti pernah saya jelaskan sebelum ini,insurans itu hanyalah satu 'alat' untuk anda melindungi kewangan anda. Konsep insurans sedia-ada adalah utk membantu anda menjamin sumber kewangan yg berterusan dan menutup kerugian kewangan yg berlaku di dalam kehidupan anda.

Anda mungkin tidak sedar bahawa, anda sebenarnya sudah lama yakin dgn konsep insurans ini. Anda juga tidak sedar, selama ini, pekerjaan anda atau perniagaan andalah yg merupakan 'insurans' kepada kehidupan anda. Bagi menjamin sumber kewangan yg berterusan, atau memenuhi keperluan kewangan yg timbul secara mendadak, anda bergantung kepada pekerjaan atau perniagaan yg anda lakukan sekarang.

Sama ada anda terpaksa bangun awal pagi,meredah kesesakan lalulintas atau kerja 'overtime' hingga lewat malam, anda lakukan ini semua kerana pekerjaan atau perniagaan anda itu, adalah satu 'insurans' bagi anda menjamin sumber kewangan anda.

Sebab itulah saya katakan, saya tidak perlu meyakinkan anda tentang konsep insurans kerana anda selama ini, sebenarnya sudah pun yakin dgn konsep insurans.

Cuma persoalannya sekarang:-
1.Apa akan terjadi kepada kewangan anda apabila anda sudah tidak boleh bekerja/berniaga lagi?
2.Bagaimana anda hendak menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, apabila anda sudah tidak berupaya utk bekerja/berniaga?

Inilah sebabnya mengapa anda perlu memiliki insurans-utk memperluaskan skop jaminan kewangan yg sudah anda miliki, supaya anda tetap dapat menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, walaupun setelah anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada!

Jika sebelum ini, anda memiliki pekerjaan atau perniagaan sebagai satu jaminan kewangan, maka perluaskan keupayaan anda, dgn memiliki insurans sebagai satu jaminan tambahan. Ini supaya, di saat anda sudah tidak boleh bekerja, keluarga anda masih boleh meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, dgn adanya bantuan kewangan dari insurans.

Daripada anda membiarkan keluarga anda hidup sengsara, meminta-minta drpd org lain, hingga kadangkala terpaksa menjual maruah diri utk menyara anak2, bukankah lebih baik jika anda mula memiliki insurans dari sekarang?

Masyarakat selalu mudah berkata, tidak perlu risau kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Pungutan Zakat dan Baitul Mal ada utk membantu mereka. Mereka menyangka ketiga-tiga organisasi ini, akan dapat menyelesaikan semua masalah kewangan yg mereka hadapi, di saat mereka sudah tidak boleh bekerja lagi.
Tetapi hakikatnya, berapa banyakkah sumbangan yg mereka akan terima? RM150 sebulan? RM300 sebulan? Adakah ianya mencukupi utk menampung keperluan harian keluarga?

Inilah hakikat kehidupan yg anda seringkali lupa dan mereka yg sudah menerima bantuan badan kebajikan pun, masih hidup meminta-minta di dlm media massa kerana bantuan sumbangan yg diterima tidaklah seberapa,sekadar cukup utk keperluan asas sahaja.

Kesimpulan:
Anda perlu terima hakikat bahawa musibah boleh menimpa tanpa mengira usia dan anda perlu melakukan sesuatu sebagai persediaan menghadapi apa jua kemungkinan didalam kehidupan anda.
Memiliki insurans merupakan cara terbaik anda memperluaskan skop jaminan kewangan yg sudah anda miliki dari pekerjaan atau perniagaan anda.

Bukan sahaja insurans dapat menyediakan duit sara hidup di saat anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada, ia juga dapat membantu anda menunaikan tanggungjawab anda terhadap keluarga tersayang.

Petikan artikel dari Ringgit & Sen(Siri Belajar Insurans)
Penulis artikel:Azha Syazri Hj Azizan

KEPUTUSAN ANDA??





FIKIR DAN BERIJAWAPAN... APE KEPUTUSAN ANDA??

KONSEP TAKAFUL???

APA KONSEP TAKAFUL ??
Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Tahap kehidupan yang berubah-ubah.

Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah. Di sini, kami boleh memenuhi keperluan anda dengan Takafulink, iaitu satu pelan takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia mempunyai semua ciri-ciri yang anda perlukan.

- Berdasarkan Syariah
Mempunyai Majlis Syariah yang memantau pelaburan dan operasi syarikat.

- Komprehensif
Pelan yang lengkap, terdiri daripada perlindungan, pelaburan dan perubatan.

- Fleksible
Anda boleh mengubah plan atau caruman bulanan mengikut keperluan anda dari semasa ke semasa walau pun setelah polisi dikeluarkan. Ini membolehkan anda merancang dengan lebih baik.

- Pulangan pelaburan yang tinggi
Menyediakan 3 dana untuk memberi pilihan kepada anda
Dana Ekuiti
Dana Urus
Dana Aman

Berikut merupakan surat daripada Bank Negara atas lesen Takaful kepada Prudential BSN Takaful.

Apa TAKAFULLINK PLAN??

TAKAFULINK PLAN

Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga yang berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia dirangka bagi memenuhi keperluan perlindungan dan pelaburan setiap peringkat umur.

Peruntukkan sumbangan untuk perlindungan dan pelaburan seperti di jadual.


Secara umumnya, Pelan Takafulink ini terdiri daripada 3 pecahan akaun yang utama iaitu :

A- Participant Unit Account (PUA)

(Rujuk manfaat No.1, No.2 dan No.3)

B- Individual Special Account (ISA)

(Rujuk manfaat No.3 hingga No.13)

C- Investment Unit Account (IUA)

(Rujuk manfaat No.14)

Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas.

1- Kematian

* Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
* Bayaran khairat kematian sebanyak RM 2,000.
* Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.


2- Lumpuh Kekal Keseluruhan

* Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
* Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
* Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan (rujuk Elaun Lumpuh)


3- Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)


* Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
* Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan ( rujuk manfaat medical card)
* Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.
* Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
* Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
* Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.


4- Crisis Cover Income (Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal)


* Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya kita mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
* Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.

5- Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)

* Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
* Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
* Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
* Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.


6- Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)

* Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku, sekiranya tidak masuk wad. Sekiranya anda mendapatkan rawatan di klinik biasa pun, anda boleh claim kos rawatan tersebut dengan syarat rawatan tersebut adalah disebabkan oleh KEMALANGAN, dan bukannya penyakit.
* Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.
* Bayaran balik kos rawatan akibat kemalangan dalam manfaat ini akan membayar balik 100%, tiada dikenakan ko-takaful.


7- Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)

* Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'. Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
* 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).


8- Kad Perubatan (Medical Card)


* Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
* Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
* Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (medical coverage table)
* Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.


9- Medical Cover


* Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
* Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-10)
* Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
* Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)
* Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
* 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
* Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :

Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500

* Elaun Bedah-Maximum RM12,500 setahun



10- Elaun Hospital (Hospital Benefit)

* Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
* Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.
* Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
* Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
* Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bill atau resit asal. Bil hospital akan dibayar melalui Medical Card dan elaun hospital akan diberikan kepada klien selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
* Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
* Hospital - semua jenis (swasta atau kerajaan)


11- Elaun Lumpuh (Disability Provider)

* Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
* Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.

12- Khairat Kematian

* Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.

13- Premium Percuma (Contributor Benefit)

* Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya klien disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
* Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor

14- Pulangan Pelaburan

* Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
* Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
* Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.
Pelan Takafulink Cerdik

Takafulink Cerdik merupakan pelan pendidikan daripada PruBSN Takaful. Pelan ini merupakan sejenis caruman tetap dan mempunyai tempoh matang sehingga umur anak 25 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberi perlindungan untuk pendidikan malah perlindungan dari segi kematian, kemalangan, peyakit kritikal, kad perubatan (Medical Card) dan beberapa manfaat lain seperti di bawah.

Senarai manfaat dan penerangan...

1- Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan

Sekiranya berlaku kematian kepada anak, pampasan akan diberikan berdasarkan tahun penyertaan.

Umur pada tarikh akan datang

1 Tahun : 20% daripada jumlah perlindungan (sum covered)
2 Tahun : 49%
3 Tahun : 60%
4 Tahun : 80%
5 Tahun dan ke atas : 100%

Sebab kematian terdiri kematian biasa


2- 36 Jenis Penyakit Kritikal (senarai penyakit kritikal)

- Sekiranya anak mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus (lump sum).
- Segala kos rawatan perubatan akan ditanggung oleh kad perubatan MMC (rujuk manfaat medical card)
- Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur anak mencapai 25 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik. Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

3- Kemalangan (Mati atau Lumpuh)

- Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan.
- Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1).
- Sekiranya anak meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
- Sekiranya anak mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
- Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah buat tuntutan sehingga habis manfaat ini pada tahun tersebut, jumlah yang dilindungi akan menjadi 100% semula.
- Akan tetapi sekiranya tuntutan 100% dilakukan pada tahun itu, untuk tuntutan manfaat ini pada tahun yang sama tidak dibenarkan. Manfaat ini diperbaharui mengikut tahun polisi.


4- Kad Perubatan (Major Medical Card-MMC)

- Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh - Malaysia. Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
- Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (Sila refer medical card)
- Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

5- Elaun Hospital

- Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
- Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar.
- Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda.
- Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bil atau resit asal.

6- Elaun ICU

- Elaun tambahan akan diberikan disepanjang tempoh klien berada dalam ICU.

8- Elaun Bedah

- Elaun Bedah akan diberikan sekiranya klien menjalani procedure pembedahan. Sila rujuk Jadual Manfaat Elaun Pembedahan.

9- Elaun Lumpuh

- Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable)

9- Khairat Kematian

- Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. - Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut

10- Premium Percuma

Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya





* Anak disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal

* Pembayar meninggal dunia

* Pembayar lumpuh kekal keseluruhan (TPD)

* Pembayar mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.


Semua manfaat lain dalam plan ini berkekalan sehingga tamat tempoh polisi iaitu pada umur anak 25 tahun.

11- Pulangan Pelaburan

- Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda.
- Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk tujuan pembelajaran anak dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
- Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
- Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

12- Takaful Saver

- Manfaat tambahan untuk memaksimumkan simpanan pendidikan untuk anak anda. Sila rujuk Takaful Saver